DAH SINGGAH…HARAP-HARAP SUDI JADI FOLLOWER BLOG CIKGU RUHAIDA.....ADA MASA DATANG LAGI....

Rabu, 31 Oktober 2012

Kolam Ikan Datuk.

Memahami bahan bercetak.


Lukisan Pasir

B1DT2E2


Tajuk : Lukisan Pasir.
Kelas : 2 Melor
Masa : 8.45-9.45 pagi
Objektif diharap murid dapat memahami petikan vedio dan membina ayat mudah.



1. Menonton vedio
2. Perbincangan
3. Bercerita kembali.
4. Mengolah cerita berdasarkan petikan vedio.

Isnin, 29 Oktober 2012

Penjodoh BIlangan

Bahan bantu untuk P&P mengenai tajuk penjodoh bilangan.




Cara Membuat Sandwich

Tajuk : Manu Mudah
Kelas  : 2 Melor
Masa  :  8.45 - 9.45 pagi
Akitiviti :
1. Murid menonton vedio.
2. Perbincangan perkara yang telah ditonton.



Ahad, 28 Oktober 2012

Waktu Senja Di Tepi Sawah

B1DT1E1

Bercerita mengenai pengalaman sendiri.







 Aktiviti : 
1- Murid membaca kad cerita secara individu.
2. Perbincangan tentang petikan.
3. Mencari perkataan berimbuhan.
4. Murid menyalin semula petikan dalam buku latihan.

Sabtu, 27 Oktober 2012

Jumaat, 26 Oktober 2012

Khamis, 25 Oktober 2012

ketupat palas

B3DL2E2

Tajuk :  Cara membuat ketupat palas.

1. Set Induksi guru menayangkan klip video tentang ketupat palas.




2. Berbincang dengan murid tentang  video yang telah ditonton.

3. Meminta murid menyebut beberapa perkataan yang diingat pada video telah ditonton.

4. Mengeja perkataan tersebut mengikut suku kata.

5. Murid membina ayat tunggal dengan perkataan yang disebutkan.

Selasa, 23 Oktober 2012

Sahabatku

B1DT1E2

Penerangan tentang kata adjektif :





Menjawab soalan latihan dalam talian.



Isnin, 22 Oktober 2012

Ayat Mudah

B1DL1E1.

Membina ayat berdasarkan gambar.



Ayat Mudah :



Contoh lain sebagai panduan guru.


Sabtu, 20 Oktober 2012

Buah-buhana tempatan.

B1DL2E2



Berbincang dengan murid tentang menyusun perkataan menjadi ayat tunggal.





Khamis, 18 Oktober 2012

Lagu : Bangau Oh Bangau

B1DT1E1






Lirik Lagu Bangau Oh Bangau
Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit.
Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah.
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Api tak mahu menyala
Api tak mahu menyala.
Api oh api,
Kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam mana aku nak menyala
Kayu api basah
Kayu api basah.
Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku.
Hujan oh hujan,
Kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku.
Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku.
Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku
Memang makanan aku


1. Murid menyanyikan lagu.

2. Penerangan tentang kata nama am.

nota  untuk rujukan guru : klik sini

Rabu, 17 Oktober 2012

Bercerita Tentang Gambar


B1DL2E1


Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar,
Ditonton, dibaca, atau dialami.

-  Bercerita

- Situasi :    Murid melihat dan meneliti gambar tentang maklumat seorang
                   murid.


- Arahan :    Murid diminta menceritakan tentang perihal murid sendiri



Cadangan jawapan.

1. Nama saya Ali b. Abu.

2. Saya dilahirkan di Hospital Taiping, Perak.

3. Sekarang saya tinggal di Taman Sentosa, Yan, Kedah.

4. Hobi saya pada masa lapang melukis.

5. Saya bercita-cita menjadi seorang guru..

Ahad, 14 Oktober 2012

Sabtu, 13 Oktober 2012

Hari Raya Aidil Fitri





Berbincang  dengan murid mengenai situasi dalam cerita yang ditonton.
Mengecam beberapa perkataan seperti :
1. menganyam ketupat
2. berpuasa
3. menziarahi
4. memasang
5. bersembahyang



Jumaat, 12 Oktober 2012

Rumah Saya

Bimbingan guru tentang cara membina ayat selapis.
Menggunakan kata sendi yang sesuai.

Nota guru :

1. ayat selapis  :  disini
2. kata sendi  :  disini

Imbuhan



Penerangan oleh guru mengenai imbuhan. 
untuk nota guru boleh klik 

sini  dan sini


Latihan petikan karangan mudah.

Selasa, 9 Oktober 2012

Kata Nama

Membaca dan menjawab soalan berdasarkan petikan.

B1DB1E2


 1. Murid membaca petikan yang diberikan.





Untuk rujukkan guru mengenai kata nama : klik sini

Isnin, 8 Oktober 2012

Ujian Kendiri

Ujian penilaian penguasaan.



Bahasa Melayu Tahun 2

Ahad, 7 Oktober 2012

Membina Ayat Tunggal

Tajuk : Pokok Pisang.

B2DL2E2.



Ayat Tunggal

Ayat Tunggal merupakan ayat yang mengandungi 1 subjek dan satu predikat.
Contoh : Pokok pisang itu berbuah.
- Pokok pisang (subjek )
- berbuah  (predikat )
Sumber rujukan : disini


Refleksi :
Bahan yang digunakan untuk mengajar ini cukup sesuai. Kelebihan menggunakan bahan ini kerana ia mengambar maujud sebenar dan berwarna. pengetahuan sedia ada murid tentang gambar sudah ada.Kekurangan penggunan bahan ini ia tidak dapat melibatkan semua murid.


Sabtu, 6 Oktober 2012

Pemahaman Petikan

 Membaca petikan dan bercerita tentang perkara yang difahami dari petikan.



Menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan.



Jumaat, 5 Oktober 2012

Ayahku Seorang Nelayan

5.1  Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.



1. Set Induksi : Guru menayangkan video tentang sungai.

                                                              
                                                                       B2DL2E1
2. Guru mengedarkan petikan. Murid membaca petikan. Penerangan oleh guru mengenai petikan.




3. Penerangan tentang kata singkatan.
                               (Tak - tidak )  /  (tu - itu )





Khamis, 4 Oktober 2012

Kisah Si Tanggang

Masa : 10.35-11.35
Kelas  : 2 Zamrud


B1DB1E2


5.1  Membaca kuat perkataan dan ayat  dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang  dibaca.

Aktiviti :
1. Murid membaca petikan cerita yang diberikan oleh guru.


2. Penerangan oleh guru tentang cerita yang telah dibaca.




Rabu, 3 Oktober 2012

Kemahiran Lisan


1. 3  Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat

Berikut contoh bahan penilaian BAND untuk kemahiran lisan murid tahun 2.



Berikut adalah bahan yang diberikan kepada murid untuk tujuan penilaian penguasaan.




Selasa, 2 Oktober 2012

Pengimbuhan


Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah:

i. pengimbuhan
Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.Imbuhan tergolong dalam empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
               - sumber rujukan disini

Tajuk : Nelayan.

Objektif : Diharap murid dapat memahami jalan cerita yang ditonton dan mengecam dialog yang mengandungi perkataan berimbuhan.

Bahan Bantu Mengajar : Video – sumber Youtube.

Langkah P&P :-
1. Murid menonton video.
2. Perbincangan mengenai perbualan dalam petikan.
3. Murid menonton semula dan menyatakan perkataan berimbuhan.







Isnin, 1 Oktober 2012

Penjodoh Bilangan


Tatabahasa                         : Penjodoh bilangan.
Kemahiran bahasa             : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Nilai                                      : Bertanggung jawab
Kecerdasan Berfikir           : Interpersonal, intrapersonal
Pengetahuan Sedia Ada   : Murid pernah melihat benda maujud  yang ditunjukan
Bahan Bantu Belajar           :  Lembaran kerja.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...