DAH SINGGAH…HARAP-HARAP SUDI JADI FOLLOWER BLOG CIKGU RUHAIDA.....ADA MASA DATANG LAGI....

Khamis, 18 Oktober 2012

Lagu : Bangau Oh Bangau

B1DT1E1






Lirik Lagu Bangau Oh Bangau
Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit.
Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah.
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Api tak mahu menyala
Api tak mahu menyala.
Api oh api,
Kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam mana aku nak menyala
Kayu api basah
Kayu api basah.
Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku.
Hujan oh hujan,
Kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku.
Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku.
Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku
Memang makanan aku


1. Murid menyanyikan lagu.

2. Penerangan tentang kata nama am.

nota  untuk rujukan guru : klik sini

Rabu, 17 Oktober 2012

Bercerita Tentang Gambar


B1DL2E1


Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar,
Ditonton, dibaca, atau dialami.

-  Bercerita

- Situasi :    Murid melihat dan meneliti gambar tentang maklumat seorang
                   murid.


- Arahan :    Murid diminta menceritakan tentang perihal murid sendiri



Cadangan jawapan.

1. Nama saya Ali b. Abu.

2. Saya dilahirkan di Hospital Taiping, Perak.

3. Sekarang saya tinggal di Taman Sentosa, Yan, Kedah.

4. Hobi saya pada masa lapang melukis.

5. Saya bercita-cita menjadi seorang guru..

Ahad, 14 Oktober 2012

Sabtu, 13 Oktober 2012

Hari Raya Aidil Fitri





Berbincang  dengan murid mengenai situasi dalam cerita yang ditonton.
Mengecam beberapa perkataan seperti :
1. menganyam ketupat
2. berpuasa
3. menziarahi
4. memasang
5. bersembahyang



Jumaat, 12 Oktober 2012

Rumah Saya

Bimbingan guru tentang cara membina ayat selapis.
Menggunakan kata sendi yang sesuai.

Nota guru :

1. ayat selapis  :  disini
2. kata sendi  :  disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...