Tajuk : Wau Bulan.
Tatabahasa : Kata berimbuhan.
Bahan bantu mengajar : kad gambar, lembaran kerja.
Bahan-bahan utama untuk membuat wau ialah buluh, benang, kertas,
gam dan pisau raut. Wau mempunyai empat bahagian utama iaitu kepala, sayap,
pinggang dan ekor. Untuk menghasilkan wau yang besar, menarik dan cantik
bukanlah satu kerja yang senang.
Pembuat wau mestilah mempunyai
kemahiran, ketekunan dan kesabaran yang tinggi kerana ianya adalah merupakan
kerja yang rumit terutama pada bahagian sayap dan tulang belakang.
Buluh akan diraut dengan teliti
dan halus bagi mendapatkan bentuk wau yang cantik. Bahagian sayap akan
ditimbang dengan menggunakan jari atau mata pisau supaya menjadi sama timbang
di antara sebelah kiri dan kanan sayap. Bahagian inilah yang akan menentukan
supaya ianya tidak berat sebelah. Semasa meraut ini dari masa ke semasa
bilah-bilah buluh ini akan diliut-liutkan supaya sama lengkungnya di antara
kedua-dua belah kiri dan kanan.
Seterusnya tulang belakang dan
bahagian ekor pula akan diraut. Untuk bahagian ekor buluh akan diraut lebih
lembut berbanding dengan bahagian badan wau. Ini akan mempengaruhi wau untuk
menyesuaikan dengan keadaan angin ketika diterbangkan.
tahniah cikgu...blog yg menarik dan berinformasi
BalasPadam