DAH SINGGAH…HARAP-HARAP SUDI JADI FOLLOWER BLOG CIKGU RUHAIDA.....ADA MASA DATANG LAGI....

Ahad, 2 Disember 2012

Wau Bulan

B1DT1E1

Tajuk : Wau Bulan.

Tatabahasa  : Kata berimbuhan.

Bahan bantu mengajar   : kad gambar, lembaran kerja.





Bahan-bahan utama untuk membuat wau ialah buluh, benang, kertas, gam dan pisau raut. Wau mempunyai empat bahagian utama iaitu kepala, sayap, pinggang dan ekor. Untuk menghasilkan wau yang besar, menarik dan cantik bukanlah satu kerja yang senang.

Pembuat wau mestilah mempunyai kemahiran, ketekunan dan kesabaran yang tinggi kerana ianya adalah merupakan kerja yang rumit terutama pada bahagian sayap dan tulang belakang.
Buluh akan diraut dengan teliti dan halus bagi mendapatkan bentuk wau yang cantik. Bahagian sayap akan ditimbang dengan menggunakan jari atau mata pisau supaya menjadi sama timbang di antara sebelah kiri dan kanan sayap. Bahagian inilah yang akan menentukan supaya ianya tidak berat sebelah. Semasa meraut ini dari masa ke semasa bilah-bilah buluh ini akan diliut-liutkan supaya sama lengkungnya di antara kedua-dua belah kiri dan kanan.
Seterusnya tulang belakang dan bahagian ekor pula akan diraut. Untuk bahagian ekor buluh akan diraut lebih lembut berbanding dengan bahagian badan wau. Ini akan mempengaruhi wau untuk menyesuaikan dengan keadaan angin ketika diterbangkan.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...